Assalamualaikum...
Lama sangat nak menaip dalam blog aku ni, da penuh dgn sawang da pon.. aku just nak share about a few things from one of a book that i just read this morning..
Sebelum tu, buku yang aku bace bertajuk "Imbasan Hassan Ahmad" yang ditulis oleh Dato' Dr Hassan Ahmad (B.A UM & PHD Universiti Leiden Belanda) ni da lame da khatam.. tapi mula2 bace sedikit keliru gak dgn penulisan beliau (sory ye Dato') tapi bile da bace beberape kali, banyak perkara yang dapat aku belajar.. walaupun aku lebih meminati penulisan yang ringan2 je (sebab senang paham) yang tak menggunakan pemahamam yang tinggi tapi buku ni je yang aku bole bace habis sebab walaupun karya dari penulisan org yang hebat & berpendidikan tinggi, namun suara yang di lontarkan tidak rumit untuk difahami dan ape yang disampaikan adalah berkenaan persoalan2 yang sememangnya menjadi kebiasaan kita fikirkan.. dan perkara ni menyebabkan buku ni bole masuk dengan jiwa aku (bukan buku komik je ok)..
nak tulis tentang keseluruhan buku seperti penulisnya ( Dato' Dr Hassan Ahmad) mmg tak larat la.. tapi just nak share ttg satu tajuk ni " Rahsia Ajaib Minda Manusia" ni dgn sape2 yang minat untuk bace je.. katenye..
dalam banyak2 buku yang dibaca paling diminati utk dibace adalah berkenaan pembinaan diri (self development) & psokologi yg dijadikan sbg bahan bacaan hiburan & menungan.. klu aku, da tentu komik je yang menjadi pilihan.. kate Dato" buku yang ditulis oleh penulis barat sprti Norman Vincent Pearle, Napoleon Hill, Harold Sherman, Joseph Murphy dll yang menulis tentang rahsia dan fatwa ttg berfikiran atau fikiran positif tentang ilmu kejayaan.hmm buat mase ni belum lagi aku bace buku dorg lagi..kate Dato' hampir sume penulis ni menulis tentang perkara yang sama iaitu tentang kuasa ajaib.. miracle la tu..kuasa tersebut ada terpendam disetiap org dan bagaimana kuasa ini yang mereka sebut sbg subconscious mind atau creative mind, soul, dapat diguna malah dikawal oleh manusia. hasil buku karya Norman Vincent ada mencatitkan dimana dari kitab injil (bibble)juga menjelaskan kebenaran perkara tadi berdasarkan ilmu psikologi. "as a man think in his heart, so is he" maknanya "apa2 yang terfikir (hajat atau niat) oleh manusia didalam hatinya, itulah yang akan terjadi pada dirinya".
Cara berdoa yang mujarab yang pasti akan mendatangkan hasil kata mereka adalah dengan kepercayaan atau kenyakinan yang paling kuat sehingga manusia itu percaya apa yang mereka mohon benar2 sudah tercapai.. "huh nampak macam senang je, tapi kenape bile buat xjadi..???" dalam hal ni penulis barat tu berkata ada 3 peringkat untuk mencapai keperingkat kenyakinan yang tinggi iaitu 1) peringkat ketenangan atau relaxation, 2) visualisation iaitu menggambarkan perkara yang dihajati dengan terperinci, 3) affirmation peringkat terakhir yakni memilih kata2 tertentu (kata2 positif) dan mengulang kata2 tersebut seberapa banyak yang boleh. masa yang paling mujarab untuk mengamalkan kaedah ni adalah sebelum tido sebab time2 ni kite berada dlm keadaan sedar dan x sedar dan fikiran kita tidak diganggu oleh minda sedar (conscious mind) pada waktu itulah kita dpt mengadakan hubungan dgn roh atau muakal yg ada dlm diri kita. hmm tu la formula yang diberi oleh ahli fikir barat tentang bagaimana kita hendak menghubungi kuasa minda manusia... salah seorang penulis dibidang ini berkata lebih 500 org jutawan dan org yg mencapai kejayaan yang luar biasa menggunakan kaedah yang sama. ada beberapa rahsia alam atau hukum alam yang boleh dimanfaatkan oleh manusia untuk mencapai kejayaan, dan Dato memberikan 4 daripadanya initu 1) perkara atau perbuatan yang sama sentiasa memantulkan atau tertarik kearah yang sama. misalnya niat yang baik balasnya baik, niat buruk balasnya buruk..kalau kita asyik fikirkan atau merasai jiwa kita bahawa diri kita berpenyakit, itulah yang akan kita peroleh kerana itulah kehendak dari hati kita... 2) tangan yang memberi pasti akan menerima, contohnya kalau kita bersedekah, nilai atau faedahnya sedekah itu akan kembali kepada kita... 3) prinsip seed money, yg bermaksud beri satu akan dapat sepuluh kali ganda... 4) jangan menentang hukum alam, misalnya kalau lapar makan, kalau mengantuk tido, kalau sebaliknya mudaratlah jadinya...
setelah dibaca dan diteliti dan merenung rahsia2 tersebut semakin bertambah imannya kepada Allah S.W.T dan Kalam-Nya kerana rahsia2 tersebut telahpun diberitahu kepada kite lebih 1400 tahun yg lalu.. bezanya pemikiran barat adakalanya menyuruh manusia tidak terus kepada Tuhan, tetapi lebih kepada diri manusia itu sendiri... Namun dari Kalam Allah S.W.T menyatakan 1) "sesiapa yang melakukan kebajikan, maka itu untuk dirinya dan sesiapa yg melakukan kejahatan maka itu yang akan menimpa dirinya sendiri dan tidaklah Allah S.W.T berlaku aninaya terhadap hambaNya.." firman Allah S.W.T dlm surah Al-Jathiyah ayat 46 yg jelas menerangkan perkara baik dibalas baik dan sebaliknya... "jika kamu berbuat baik berbuat baiklah kepada dirimu sendiri, dan jika kamu berbuat yang buruk kembalinya kepada kamu" firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra:7, 2)"Dia (Allah S.W.T) yang menciptakan aku, kemudian Dia memimpin aku, dan sesungguhnya Dia yang memberi aku makan dan minum kepadaku, dan Dialah yang mengubatiku", firman Allah S.W.T dalam surah Al-Syu'ara:78-80, 3) "perumpamaan org yang mengorbankan hartanya pada jalah Allah S.W.T, seperti satu biji yang membuahkan 7 tangkai dimana tiap2 satu ada seratus biji dan Allah S.W.T melipatgandakan bagi sesiapa yang dikehendakiNya. "... 4) "sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia, dan Kami mengetahui apa2 yang dibisik oleh hatinya, Kami lebih dekat dengannya dari urat lehernya sendiri" firman Allah S.W.T dalam surah Qaf : 16) dan berikut pula dari hadis2 yang lain
1) "mintalah kepada Allah S.W.T sedang kamu yakin akan makbul doa kamu dan ketahuilah, Allah S.W.T tidak mengabuli doa dari hati yang lalai dan bimbang" riwayat Termizi & Hakim
2) "apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersungguh2 doanya " riwayat Bukhari
3) dalam riwayat Nabi S.A.Wbersabda "tetapi hendaklah bersungguh2 doanya dan membesarkan kemahuannya"
4) Aishah R.A berkata "Rasulullah S.A.W gemar sekali pada kelebihan doa yang singkat mencakup semua maksud dlm doa dan meninggalkan yg lain."
5) sabda Nabi S.A.W "sesungguhnya solat itu ketenangan hati, dan kerendahan hati dan permohonan jiwa"
6) "kalbu (hati) itu adalah tempat ingat-mengingati sesuatu. sebahagian hati itu lebih ingat daripada yang lain.kalau kamu bermohon kepada Allah S.W.T, wahai manusia mohonlah dgn penuh kenyakinan bahawa doamu itu akan dikabuli oleh Tuhan. dan Tuhan tdk mengabuli doa org yang hatinya kosong dan lalai" riwayat Ahmad (Abdullah bin Omar)
Ibnu arabi, ahli tasawuf islam dari andalusia pada abad ke 13 terlebih dahulu mengetahui ttg rahsia pengambaran hajat, visualisation atau ru'ya atau syuhud sebelum ahli psikologi barat menggunakan konsep yang sama tentang keajaiban minda manusia. sama juga dgn Imam Al-Ghazali yg membincangkan soal doa yang mujarab dan sebagainya.. dalam islam jika kita ingin mengenali Allah S.W.T , kenalilah dahulu diri kita sendiri kerana kita adalah makhluk Allah S.W.T yang manjadi khalifahnya didunia yang dianugerahkan fitrah dan kekuatan.. ada 3 formula untuk mengenali Allah S.W.T iaitu solat, doa dan zikir.. kita tidak selalu berfikiran positif, dan menganggap dunia untuk org kafir dan tempat org islam di akhirat, namun kita tdk sedari bahawa pemikiran ini timbul kerana kita sndri yg berasa kalah dalm dunia ini berbanding org lain..lalu kita mencari jalan keluar dengan menyatakan bahawa dunia ini bukan milik kita. kita boleh menjadi tdk yakin bahawa rahsia dlm islam, dlm Al-quran dandalam hadis sahih mampu menjadikan kita lebih kuat dan mampu mengalahkan org kafir.. mengapakah tiada buku yg ditulis oleh org islam untuk pembaca yg umum yang dapat menandingi penulis2 barat tersebut (ada dari buku2 tersebut mndpt anugerah best seller) sedangkan kita juga mampu menghasilkan buku yang lebih hebat dari rahsia2 yang tersedia tersimpan dari Kalam Allah dan hadis sahih." Dato' Hassan Ahmad berkata beliau takut untuk menhasilkan karya yang seumpama untuk pembaca umum dari semua bangsa dan agama kerana takut kalau2 org salah sangka yang beliau terpengaruh dgn vencent pearle paderi kristien... hmm biasela tu pemikiran kritis org kite kan.. tapi bagi aku setiap buku yang ditulis tiada salahnya dan tidak perlu takut, kerana pembaca tidak akan berhenti memberi padangan mereka terhadap buku ttersebut.. bergantung pada pembaca tersebut untuk berfikir sama ada perkara positif yang ingin diambil atau terus berfikiran kritis tanpa mendapat apa2 hasil .. pape pon truskan think positif+..
No comments:
Post a Comment